Sunday, January 5, 2014

Evolusi

Senja, aku terdengar perbualan
Perbualan penuh dengan pertanyaan
Benarkan manusia telah melalui perubahan?
Atau ada faktor lain yang perlu ditimbangkan?

Apakah maknanya evolusi?
Siapakah yang layak menerangkan?
Sejak bilakah kita menjadi manusia sangsi?
Perkara yang kecil didendamkan.

Tercatit di dalam buku biologi
Kehidupan bermula daripada microorganisma
Perlukah manusia menulis eulogi?
Bagi mengingati 'halophiles', methanogens' dan 'amoeba'.

Wujudnya kehidupan berasaskan pelbagai ideologi
Mana satu yang benar dan mana satu yang salah?
Keputusan terletak di tangan sendiri
Haruslah berfikir tanpa membawa padah.

Jikalau benar kita masyarakat bertamadun
Bukankah kita harus berfikir sebelum bertindak?

© Sher™

No comments: