Malaysia
Bila aku dan engkau meminta, "lebih sos bang"
Di pandu lalu McD
Malaysia
Lesen kopi merata-rata
Double park di mana-mana
"Cik, lot tu untuk orang kurang upaya!"
Malaysia
Bila stuck dalam traffic jam
Co-driver kata, "eh lane tu lagi cepat la"
Bila swerve tak bagi signal
Kena lah satu middle finger
Malaysia
Nak je pandu dekat speed lane
Tapi bawak kete macam postman
Orang blakang main flash2 lampu
Bila orang depan tak nak bagi chan
Start la orang blakang rev enjin
Malaysia
Keluar tandas tak cuci tangan
Kalau cuci pun bukanya pakai sabun
Lepas cuci direnjis nyer jari
Habis lantai basah, tissue semua tak main
Nak selamatkan dunia kata nya
Malaysia
I tak tau apa beza premier ngan champion's league
Yang I tau, time2 ni tak yah la pegi kedai mamak
Penuh dengan peminat-peminat bola
Bersorak-sorak, walaupun bola tak masuk goal
Football slalu nyer start 1,2 pagi
Record MC esok pagi paling tinggi
Whatsapp kat boss, "sakit perut la, makan kat McD."
Malaysia
Satu-satunye negara yang berbilang bangsa
Warna kulit tak menjadi penghalang
Mulut tu je kadang-kadang!
Peace.
© Sher™
* This piece was performed at Poetry Night @ Bohemian Bazaar on 29th March 2014 held at Wariseni, Ampang. *
No comments:
Post a Comment